Tempatan

NGO Gesa Putrajaya Kaji Semula Fatwa ‘Female Genital Mutilation’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 06 Februari 2023 – Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) tempatan menggesa kerajaan mengkaji semula fatwa 2009 mengenai kewajipan berkhitan bagi wanita.

Lapor portal tempatan, pegawai komunikasi Sisters In Islam (SIS), Aleza Othman berkata bahawa negara-negara Islam lain termasuk Indonesia dan Mesir telah mengeluarkan fatwa menyatakan berkhitan bagi wanita boleh merosakkan mereka.

Tambah pegawai itu, “Kebanyakan pengamal perubatan yang melakukan khitan terhadap bayi perempuan di klinik dan hospital tidak melalui latihan formal. Mereka mempelajari prosedur daripada senior mereka, yang turut mempelajari daripada senior mereka sebelum ini.”

BACA JUGA: Krisis ASF Ladang Babi Pulau Pinang, 3 Lagi Dijangkiti

BACA JUGA: 4 Punca Kenaikan Harga Sayur – KPDN

BACA JUGA: Tamadun Sungai Batu Mempunyai Struktur Bangunan ‘Moden’

Aleza juga menyatakan bahawa amalan menyebarkan ilmu sedemikian tanpa latihan perubatan rasmi kononnya boleh mendatangkan lebih mudarat. Ujarnya, tiada dalil Islam yang kukuh dan sah dalam al-Quran atau hadis yang membenarkan amalan itu.

Pegawai tersebut juga mengakui bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jawatankuasa Muzakarah adalah cabaran terbesar untuk memansuhkan amalan tersebut.

Sementara itu, kumpulan aktivis, Reproductive Rights Advocacy Alliance Malaysia mendakwa tiada sebarang bukti mengatakan berkhitan bagi wanita mempunyai sebarang manfaat perubatan.

Presiden kumpulan itu, Dr Subatra Jayaraj berkata amalan tersebut datang daripada pandangan tradisional dan merupakan amalan patriarki.

Walau bagaimanapun, Pergerakan Belia Islam Malaysia (ABIM) menekankan bahawa ia lebih penting untuk menjamin keselamatan prosedur berkhitan berbanding mengharamkan amalan itu.

Tegas Naib Presiden ABIM, Fatin Nur Majdina Nordin, “Ia tidak menjejaskan kesihatan fizikal atau mental kanak-kanak perempuan, atau psikologi. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan prosedur itu selamat dan tidak berbahaya kepada mereka.”

Tambah beliau, perkara itu adalah hak ibu bapa untuk membuat keputusan atas dasar agama jika mereka mahu anak perempuan mereka berkhitan.

Sebelum ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyeru agar amalan pemotongan alat kelamin wanita dihentikan menjelang 2030 sekali gus mengisytiharkan 06 Feb sebagai Hari Toleransi Sifar Antarabangsa untuk Kecacatan Alat Kelamin Wanita (FGM).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: