Tempatan

NGO Gesa Kerajaan Tubuh Pasukan Khas Pantau Artis Luar, Ambil Tindakan Pantas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 Julai 2023 – “Pihak Malaysia International Humanitarian Organisation (MHO) dan rakan-rakan NGO ingin mencadangkan supaya diwujudkan satu pasukan petugas khas di kalangan agensi penguatkuasaan seperti polis, ataupun agensi-agensi lain seperti imigresen untuk memantau persembahan artis luar dan mengambil tindakan yang pantas.”

“Tindakan pantas ini tindakan yang kurang daripada 6 jam lah. Lepas berlaku satu-satu perkara yang tak baik itu, dengan segeranya tindakan pantas dapat diambil.”

Tegas Hishamuddin Hashim, Setiausaha Agung MHO dalam sidang media berhubung insiden tidak senonoh dan biadab oleh vokalis kumpulan rock British, The 1975 di Good Vibes Festival baru-baru ini.

Tempelak beliau, “Cadangan kita adalah cadangan yang tegas supaya pada masa akan datang, kita merayu dan meminta pertolongan kepada Kerajaan melalui agensi-agensi penguatkuasaan seperti polis, seperti SKMM, seperti Jabatan Imigresen Malaysia, tolonglah untuk tempatkan petugas-petugas khas atau pegawai-pegawai khas dalam program-program persembahan ini supaya tindakan pantas dapat diambil kepada mana-mana artis luar yang tidak mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh PUSPAL seperti berkelakuan tidak senonoh, seperti memburuk-burukkan negara, seperti mempromosikan budaya songsang seperti LGBT dan lain-lain!”

BACA JUGA: Ceroboh Tanah Pahang: Aktivis Gesa Dakwa Juga Dalang Yang Bersekongkol

BACA JUGA: Harga Minyak RON95 Dijangka Turun Ogos Ini

BACA JUGA: Pelajar Dipijak Hingga Cedera Tisu Lembut, Polis Rakam Percakapan 3 Saksi

Dalam pada itu, Hishamuddin turut meluahkan kebimbangannya dengan menekankan bahawa, “Kita tidak mahu budaya-budaya sesat, budaya-budaya songsang artis-artis luar negara cuba untuk merosakkan akal fikiran anak muda kita menyebabkan otak mereka korup, minda mereka rosak kerana disajikan dengan persembahan-persembahan liar yang tidak senonoh, bertentangan dengan mana-mana agama, walaupun kita menghormati prinsip hak asasi kebebasan sepertimana yang dinyatakan oleh Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.”

Ujar beliau, negara kita juga mempunyai limitasi terhadap hak asasi. Kita perlu menghormati hak asasi kita bukanlah hak asasi berteraskan negara Barat. Sebaliknya, hak asasi negara ini berteraskan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara, adat, kesopanan dan kesusilaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: