NGO

NGO Bukan GRO – Ustaz Masridzi

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CYBERJAYA, 10 Mei 2022 – “Jangan kacang lupakan kulit kerana NGO, mereka bukan GRO lebih-lebih lagi mereka berjuang untuk agama, bangsa dan tanahair,” tegas Naib Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Ustaz Masridzi bin Sat.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh beliau dalam satu Konvensyen Ulama & Da’i PEMBELA Islam anjuran Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang berlangsung di Cyberjaya beberapa hari lalu.

Beliau berpandangan bahawa sikap pemimpin politik di Malaysia pada ketika ini semakin hari telah semakin berpecah-belah.

Menurut beliau, hal ini dapat dilihat apabila PEMBELA melalui gerakan PEMBELA UMMAH pada satu ketika dahulu cuba melaksanakan satu gerakan di Dataran Merdeka bagi menyatukan hubungan politik terbesar di dalam negara ini dan hampir jutaan orang turut hadir berkumpul dalam himpunan terbesar tersebut.

Malangnya, apabila mereka berkumpul sesama ahli politik maka NGO-NGO Islam ini telah dilupakan dan perkara ini dapat dilihat apabila pada akhirnya mereka mulai berasa yakin dengan cara mereka yang kononnya mereka boleh menunjukkan kehebatan.

Namun, beliau yang juga Presiden Perkid Malaysia berkata, hal itu tidak dapat dibuktikan apabila, melalui pilihanraya Melaka dan Johor tempoh hari, satu perpecahan besar di antara mereka telah berlaku dan kini, hubungan tersebut sudah pun berpecah-pecah.

“Jasa-jasa kita ini untuk menyatukan orang politik ini telah terbukti dengan pilihanraya Melaka dan Johor, mereka tinggalkan kita, akhirnya mereka ditinggalkan,” ujar beliau lagi.

Beliau walaubagaimanapun berharap agar PRU15 yang akan datang, rakyat tidak akan meninggalkan mereka.

Leave a Reply

Back to top button