Tempatan

Ng Yu Lim Didakwa Bunuh, Kerat Badan Ibu Kandung

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PARIT BUNTAR, 15 Jun 2022 – Ng Yu Lim, 42, tertuduh yang dipercayai telah membunuh dan mengerat badan ibu kandungnya kepada 15 bahagian bulan lalu telah dibicarakan di Mahkamah Majistret Parit Buntar atas tuduhan membunuh.

Ng Yu Lim dituduh membunuh ibu kandungnya, Ong Suan Bee, 68 tahun di sebuah rumah di Taman Kerian pada 26 Mei 2022.

Yu Lim yang tidak diwakili peguam itu dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori sekiranya sabit kesalahan.

Majistret Muhammad Syaiful Akmal menetapkan sebutan semula kes pada 27 Julai nanti bagi menunggu laporan perubatan.

Beberapa hari yang lalu, seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang oleh salah seorang anaknya sejak 28 Mei telah ditemui mati dengan tubuh dikerat sehingga menjadi 15 bahagian.

Pembunuhan ini terbongkar selepas jiran membuat laporan polis terhidu bau busuk yang luar biasa dari rumah wanita tua itu.

Pemeriksaan polis mendapati di bahagian belakang rumah terdapat beberapa bahagian mayat manusia yang dikerat telah disimpan dalam lubang tangki kumbahan dengan hanya ditutupi oleh papan lapis.

Pihak polis kemudian bertindak untuk menahan anak lelaki si mati yang tinggal bersamanya bagi membantu siasatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: