Antarabangsa

New York Tidak Mahu Migran – Datuk Bandar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW YORK, 16 Januari 2023 – Datuk Bandar New York telah pergi ke bandar yang bersempadan dengan Mexico, yakni El Paso pada Ahad lalu dan membuat pengisytiharan bahawa “tiada ruang di New York” untuk para pendatang yang dihantar ke bandar yang paling ramai penduduk itu.

Ahli Demokrat, Eric Adams yang mana turut bersikap kritikal terhadap pentadbiran Joe Biden telah mengatakan “ini adalah masa untuk pentadbiran nasional menjalankan kerja mereka”, merujuk kepada masalah krisis pendatang di sempadan selatan Amerika.

BACA JUGA: Kehakiman Mesti Buka Proses Pelantikan, Elak Kroni Ketua Hakim – Lukman Sheriff

BACA JUGA: Ribut Petir Bakal Langgar Sabah & Sarawak 4 Hari Berturut-Turut

BACA JUGA: AMARAN! Omicron XBB. 1.5 Berpotensi Jangkiti Individu Divaksin

Ramai imigran sebelum ini dihantar melalui bas-bas ke bandar tersebut oleh negeri-negeri yang ditadbir parti Republikan dan ianya telah membuatkan Datuk Bandar New York menjalankan tindakan yang belum pernah dilakukan sebelum ini, iaitu pergi ke sempadan dan mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Perkara ini telah mengeruhkan lagi krisis perumahan yang berlaku di New York dan membuatkan krisis ketiadaan rumah di bandar tersebut bertambah teruk.

Lawatan Datuk Bandar tersebut ke El Paso berlaku setelah beliau mengeluarkan kenyataan bahawa kemasukan pendatang ke New York akan menyebabkan bandar tersebut terpaksa menanggung sebanyak USD 2 bilion.

Perkara tersebut telah menjadi bebanan tambahan berikutan bandar tersebut kini sedang mengalami masalah berkenaan kekurangan peruntukan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: