Antarabangsa

Angka Korban Hampiri 10 Ribu, ‘Laluan Selamat’ Bohong!

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GAZA, 06 November 2023 – “Tidak ada laluan selamat, ia adalah dusta, dan pendudukan Zionis menggunakannya untuk menyerang orang kita,” dedah jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf Al-Qudra mengenai dakwaan pendudukan bahawa laluan selamat wujud.

Ujar beliau, setakat ini, seramai 9,770 syuhada telah terkorban akibat serangan pendudukan Zionis di Gaza, termasuk 4,800 kanak-kanak dan 2,550 wanita.

Mereka turut menerima 2,660 laporan orang hilang di bawah runtuhan, termasuk 1,270 kanak-kanak.

Tegasnya, hospital di Semenanjung Gaza sama sekali tidak dapat menyediakan perkhidmatan kesihatan sekali gus merayu kepada semua pihak agar menyediakan laluan selamat untuk aliran bantuan, termasuk bahan api.

Jelas Al-Qudra lagi, Zionis haram sengaja menyasarkan ambulans, yang menghalang Kementerian mengangkut mangsa cedera ke sempadan Mesir akibat pengeboman yang kuat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: