Antarabangsa

Nak ke Hollywood, Bekas Imam Masjidil Haram Dikecam Promosi Festival

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

RIYADH, 23 November 2021 – Gurauan bekas imam Masjidil Haram, Adil bin Salim al-Kalbani akan potensi beliau ke Hollywood kerana lakonan beliau dalam video promosi permainan ‘Combat Field’ mendapat kecaman ramai pihak.

ظنك يمدي اروح لهوليود؟😂  عادل بن سالم الكلباني (@abuabdelelah)

6-عادل-بن-سالم-الكلباني-on-Twitter-ظنك-يمدي-اروح-لهوليود؟😂-Twitter.png?resize=372%2C353&is-pending-load=1#038;ssl=1

Combat Field adalah zon paling unik, permainan tembak menembak ala peperangan di salah satu Taman Hiburan yang ditawarkan di Riyadh Season, sebuah festival besar-besaran selama lima bulan di Riyadh.

Riyadh Season merupakan pesta besar-besaran yang bakal memberi kepuasan tidak terhingga kepada mereka yang dahagakan hiburan dengan hidangan lebih daripada 70 konsert!

Barisan konsert gergasi itu bakal menampilkan ramai selebriti tempatan dan antarabangsa termasuk penyanyi terkenal Pitbull. Ia juga menampilkan pelbagai aktiviti, permainan video dan gerai-gerai makanan buat pengunjung.

Dalam video yang berjaya memancing hampir 10 juta tontonan di laman Twitter  tersebut, al-Kalbani tampil sebagai watak general perang berpakaian seragam penuh.

Hal ini mendapat kecaman hangat daripada pengguna-pengguna media sosial dan tidak kurang juga yang menyeru supaya beliau bertaubat.

“Saya pernah solat maghrib bermakmumkan dia (al-Kalbani) pada tahun 1415 (Hijrah) di Masjid Malik Khalid. Adakah perlu saya ulang kembali solat tersebut setelah terbongkar kepada kita halnya? Ada sesiapa yang boleh memberikan saya fatwa (tentang hal ini)?” sindir salah seorang pengguna laman Twitter.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: