Netizen ‘Mengamuk’ JPN Johor Lancarkan Program Sekolah Berselawat
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 09 Januari 2023 – “‘selawat jibril’ W*F! Lucky we’d maintained vernacular schools. Very lucky indeed. Or we’d have to relive the entire cerita dongeng padang pasir arab,” kata @gangeticus dalam komen hantaran peguam, Siti Kasim, mengenai Pelancaran Program Sekolah Berselawat (PSB) Negeri Johor oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor baru-baru ini.
“Apparently, JPN Johor melancarkan program skolah berselawat dgn kempen mula sesi persekolahan setiap hari dgn selawat nariah, loceng pertukaran kelas ditukar pada selawat jibril, & loceng balik ditukar kpd selawat nariah. Wonder wht d new EM & HRH Sultan Johor say about this,” kata Siti Kasim.
BACA JUGA: Kenyataan Asiah Menghina Nabi, Pihak Berkuasa Perlu Ambil Tindakan – PU Syed
BACA JUGA: Sambut Pelancong China, MOTAC Letak Pegawai Fasih Mandarin & Sediakan Laluan Mudah
BACA JUGA: Status Perak Sebagai Negeri Tertinggi Tanah Rizab Melayu Jadi Persoalan
Berdasarkan tinjauan samudera.my, @gangeticus bukan satu-satunya pengguna media sosial yang mengkritik dan membangkang program JPN Johor itu.
@havzichiori, seorang pengguna Twitter juga dilihat tidak bersetuju dengan program ini di mana menurutnya, program sebegini tidak sesuai untuk dilaksanakan di sekolah kebangsaan.
“Ini sekolah agama ke? Tidak sesuai sekolah kebangsaan buat macam ni. Macam mana orang bukan Islam nak belajar sekolah kebangsaan bila banyak sangat unsur ibadat Islam dimasukkan.”
Seorang lagi pengguna Twitter lain, @rxt56 pula berkata, “After that complaint non malays join vernacular schools.”
Dimaklumkan, tidak lama selepas pelancaran, PSB telah dibatalkan serta merta. Pembatalan itu dikeluarkan menerusi sebuah surat dari Pengarah Pendidikan Negeri Johor, MD Said bin Md Daimon bertarikh 6 Januari 2023.