Netizen Kecam Garis Panduan “Kon*kek Tanpa Kena Tangkap” Editor Portal
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 05 Januari 2023 – Warga maya mengecam perkongsian seorang penulis merangkap editor sebuah portal online yang menulis mengenai garis panduan bagaimana untuk melakukan zina tanpa ditangkap basah/khalwat.
“Saya nak semua orang kongkek secara selamat dan bertanggungjawab jadi saya menulis panduan untuk mengelakkan daripada ditangkap oleh popo,” kata @ilsorareema dalam Twitternya, menyertakan sekali pautan artikel yang ditulisnya.
BACA JUGA: Proses Normalisasi Pelacuran Telah Bermula – Prof Madya Dr Rafidah Hanim
BACA JUGA: Republik Sekular Indonesia Jenayahkan Seks Luar Nikah, Bersekedudukan
BACA JUGA: Jual Anak Luar Nikah Dalam Talian, Sindiket Pemerdagangan Bayi Tumpas
Susulan itu, warga maya dilihat mengecam dan menegur perbuatannya itu.
@AriffJ93 menegaskan, “Kongkek sebelum berkahwin adalah haram untuk yang Muslim la, kalau agama lain, aku tak pasti”
@SykesMuhammad pula berkata, “Macam mana anda mahu jelaskan ini kepada tuhan pada Hari Pembalasan?”
“Laknat Allah ke atas kamu, wretched mongrel,” kata @LeRealKramer pula.
Seorang lagi pengguna media sosial, @Cukifdesu pula menegaskan, “Ajar untuk berzina tanpa kena tangkap khalwat? Tiada apa yang boleh memperbaiki masyarakat hari ini kecuali kiamat.”