Netizen Bengang Twitter Sekat Akaun Pencipta Vaksin MRNA
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini
ISNIN, 03 Januari 2022 – Pengguna laman Twitter menyuarakan rasa tidak puas hati sejurus akaun Twitter Robert W. Malone, pencipta vaksin mRNA, dimansuhkan oleh Twitter apabila saintis tersebut mengemukakan pendapat dan data beliau tentang bahaya-bahaya vaksin jenis Pfizer.
“Twitter menipu pengguna, penguatkuasa dan pemegang syer tentang polisi penapisannya yang korup. Seksyen 230 tidak memberi perlindungan kepada penipuan seperti ini,” ujar salah seorang pengguna Twitter.
.@Twitter lies to users, regulators, and shareholders about its corrupt censorship policies. Section 230 provides no immunity for fraud. https://t.co/pVOamrlWxC
— Tom Fitton (@TomFitton) December 29, 2021
“Apabila kebenaran adalah musuh anda, bunuhlah kebenaran tersebut,” ujar pengguna yang lain.
When the truth is the enemy kill the truth. 1939 Nazi Germany. Twitter was paying attention. https://t.co/KyCknsB5Aa
— ANDY KAY (@RealAndyKay) December 29, 2021
Dalam ciapan yang membawa kepada pemansuhan akaun Twitter beliau, Robert W. Malone mendakwa bahawa hasil dapatan data selama 6 bulan menunjukkan vaksin Pfizer menyebabkan lebih banyak penyakit berbanding penyakit yang dicegah. Beliau juga mendakwa terdapat kepincangan dalam rekaan vaksin Pfizer.
Terdapat beberapa pengguna Twitter yang menyalahkan penguatkuasaan Seksyen 230 Communications Decency Act (CDA) atas kejadian tersebut. Peruntukan tersebut didakwa telah disalahgunakan oleh badan media dan korporat untuk menghalang kebebasan bersuara.
“Twitter adalah sebuah kelab yang mana kita hanya dijemput jika kita katakan benda yang mereka tentukan sahaja,” tambah salah seorang pengguna laman sosial tersebut.
Twitter is a club that we’re only invited to if we say the things they dictate.
They are a Publisher, and this should be established in court. Revoke their Section 230 protection NOW.
— Stray Mongrel (野犬) (@Stray_Mongrel) January 2, 2022
Jumaat lalu Twitter bertindak memansuhkan akaun @GabrienMedia hanya kerana akaun tersebut berkongsi video menampilkan Ahli Kongress dari Arizona, Andy Biggs yang bercakap tentang vaksin-vaksin, Ivermectin dan “big pharma”.
Twitter mendakwa ciapan tersebut perlu dipadamkan kerana “melanggar polisi atas penyebaran maklumat yang mengelirukan dan berpotensi berbahaya berkaitan COVID-19.”