Tempatan

Netanyahu Tiada Beza Dengan Hitler – Erdogan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ANKARA, 30 Disember 2023 – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menyifatkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tidak berbeza dengan Adolf Hitler dan menyamakan serangan Israel ke atas Gaza dengan perlakuan Nazi terhadap orang Yahudi, dalam satu kenyataannya pada Rabu lalu.

Memetik laporan, Erdogan berkata bahawa Turkiye menyambut baik ahli akademik dan saintis yang menghadapi penganiayaan atas pandangan mereka mengenai konflik di Gaza dan menambah bahawa negara Barat yang menyokong Israel adalah terlibat dalam apa yang disebutnya sebagai jenayah perang.

Kata beliau, “Mereka dahulu bercakap buruk tentang Hitler. Apa bezanya kamu dengan Hitler? Mereka akan membuat kita merindui Hitler. Adakah apa yang dilakukan Netanyahu kurang daripada apa yang dilakukan Hitler? Tidak.”

“Dia lebih kaya dari Hitler, dia mendapat sokongan dari Barat. Pelbagai sokongan datang dari Amerika Syarikat. Dan apa yang mereka lakukan dengan semua sokongan ini? Mereka membunuh lebih dari 20,000 penduduk Gaza,” tegasnya.

Dalam pada itu, Ahli NATO Turkiye yang menyokong penyelesaian dua negara bagi konflik Israel-Palestin turut menkritik serangan udara dan darat oleh Israel ke atas Gaza, menggelarnya sebagai “negara pengganas” dan mengatakan bahawa pemimpinnya mesti dibicarakan di mahkamah antarabangsa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: