Antarabangsa

Netanyahu Gelar Bangsa Palestin Pendatang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KANADA, 09 Disember 2022 – Bekas Perdana Menteri rejim haram aparteid Israel, Benjamin Netanyahu sekali lagi menafikan kewujudan rakyat Palestin dan menggelar mereka sebagai pendatang.

Lapor media antarabangsa, lelaki itu yang dikatakan bakal menjadi PM Israel mendakwa bahawa rakyat Palestin hanya tinggal di tanah itu kerana ladang dan kilang yang dibina peneroka Yahudi menarik pekerja asing dari tanah Arab.

Pihak sayap kanan Israel terus menerus mendakwa sedemikian bagi mewajarkan kewujudan rejim haram berikutan pembersihan etnik besar-besaran yang berlaku di perkampungan rakyat Palestin.

“Mereka membina semula sejarah dan berkata mereka telah berada di sini selama berabad-abad. Tidak, mereka tidak ada, mereka tidak ada sama sekali,” dakwa Netanyahu dalam sebuah temubual bersama pakar Amerika Syarikat, Jordan Peterson baru-baru ini.

Dia kemudiannya menyifatkan penciptaan negara Israel pada 1948 atau peristiwa An-Nakbah sebagai detik orang Yahudi bersetuju untuk hidup bersama rakyat Palestin. Walhal peristiwa itu telah mengakibatkan ratusan ribu rakyat Palestin diusir secara paksa dari rumah mereka dan ramai yang terkorban dalam genosid.

Dalam pada itu, naratif palsu yang keluar dari mulut Netanyahu mendapat kecaman hebat dari rakyat Palestin. Mereka mengatakan bahawa lelaki itu cuba menghapuskan ingatan tentang sejarah negara Islam itu.

Kisah kekejaman pendudukan rejim haram Israel dalam peristiwa An-Nakbah telah didokumentasikan menerusi filem Farha yang tular ketika ini. Tentera zionis mengusir penduduk dari kampung asal mereka yang membentuk sebahagian daripada ‘negara’ Israel.

Terkini, jutaan mangsa penghapusan etnik dan keturunan mereka tinggal di Tebing Barat, Gaza, Syria, Lubnan dan beberapa negara lain selepas dihalau. Sumber melaporkan kebanyakan mereka masih memegang kunci rumah yang terpaksa mereka larikan diri pada tahun 1948 dan 1967.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: