Antarabangsa

Netanyahu Dakwa Tindakan Pendakwaraya ICC Mengarut, Bersifat Antisemitik

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

YAFFA, 21 Mei 2024 – Benjamin Netanyahu telah membuat dakwaan terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dengan menyatakan bahawa badan kehakiman tersebut telah mewujudkan “permulaan yang merbahaya”.

Kenyataan Netanyahu itu dibuat setelah pendakwaraya tertinggi badan tersebut, Karim Khan meminta agar waran tangkap dibuat terhadap Netanyahu dan juga menteri pertahanan Israel, Yoav Gallant berikutan tindakan zalim Israel terhadap orang awam Palestin di Gaza.

Menerusi kenyataan yang dibuat pada petang semalam, Netanyahu menyatakan bahawa tindakan Khan itu adalah “mengarut” dan telah “mengenepikan setiap hak demokrasi untuk melindungi diri”.

Menerusi kenyataan yang sama juga, Netanyahu turut menegaskan bahawa mahkamah antarabangsa tersebut “tiada sebarang kehakiman terhadap Israel”.

Katanya, “Penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh Khan itu akan menjadikan ICC sebagai sebuah sandiwara. Dia sedang melakukan sesuatu yang lain. Beliau sedang menuang minyak gasoline ke dalam api anti-semitik yang sedang membara di seluruh dunia”.

“Menerusi keputusan beliau yang bersifat memarakkan keadaan ini, Khan telah meletakkan dirinya dalam kelompok anti-semitik yang besar bagi masa kini”.

Israel adalah sebuah entiti yang bukan merupakan sebuah negara ahli ICC dan sama sekali tidak mengiktiraf kehakiman mahkamah tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: