Antarabangsa

Nenek Palestin Genggam Ijazah Di Usia 85 Tahun

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

PALESTIN, 21 Oktober 2021 – “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”. Bidalan ini bertepatan dengan kisah wanita Palestin, Jihad Butto, yang berjaya menggenggam segulung ijazah di usia 85 tahun.

Membuka kisah, Jihad menceritakan, beliau terpaksa berhenti sekolah di usia 12 tahun selepas Israel mengusir rakyat Palestin secara beramai-ramai pada tahun 1948.

Berpuluh tahun kemudian, mencecah usia 81 tahun, ibu beranak tujuh ini menyambung kembali kecintaannya dalam bidang ilmu dengan mendaftar masuk Kfar Bara Center for Islamic Studies.

Jihad mengambil kursus bahasa, agama dan matematik.

Pandemik Covid-19 tidak menghalangnya menuntut ilmu apabila beliau berjaya menamatkan pengajiannya tahun ini.

“Apabila sekolah ditutup kerana pandemik Covid-19, anak saya membelikan sebuah laptop dan mengajar cara saya menggunakan Zoom. Saya menggunakan Zoom untuk menyiapkan tugasan dan menduduki peperiksaan, dan Alhamdulillah saya lulus semua ujian.”

Leave a Reply

Back to top button