Antarabangsa

Pelampau Zionis Koyak, Bakar dan Buang Naskhah Al-Quran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

HEBRON, 11 Oktober 2022 – Beberapa orang pendatang Yahudi bertindak mengoyak, membakar dan membuang sejumlah naskhah al-Quran ke dalam tong sampah berhampiran Masjid Qayton, Bandar Lama Hebron baru-baru ini.

Lapor agensi berita antarabangsa, Pengarah Wakaf Hebron, Nidal al-Jabari memaklumkan, pencabulan al-Quran dan tempat ibadah umat Islam ini berlaku selepas beberapa siri serangan dilakukan oleh pendatang ekstrim terhadap Masjid Ibrahimi dan perumahan di sekelilingnya.

Bukan itu sahaja, mereka turut menerima perlindungan tentera rejim haram aparteid Israel ketika menceroboh rumah suci dan mencabul naskhah al-Quran sekali gus menghalang rakyat Palestin daripada memasuki dataran sekitar Masjid Ibrahimi.

Sejak awal tahun, tentera rejim haram aparteid Israel dan golongan pelampau Yahudi telah menyerang dan menyerbu 15 buah masjid, ujar Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Agama Palestin, Hatem al-Bakri.

Beliau berkata bahawa tindakan provokatif ini didorong oleh dasar Tel Aviv yang membenarkan pendatang melakukan keganasan dan kemusnahan sewenang-wenangnya sehingga boleh mencetuskan perang agama.

Tapak keagamaan yang paling kerap diserang adalah Masjidil Aqsa, di mana hampir setiap hari pelampau Yahudi melakukan serbuan di bawah perlindungan polis Israel. Mereka juga telah menggali secara haram di bawah masjid suci umat Islam itu sekali gus mencetuskan kemarahan di seluruh Palestin dan seluruh dunia Islam.

Terkini, tentera negara haram aparteid Israel masih meneruskan serbuan mereka ke atas Timur Baitulmuqaddis, dalam usaha untuk mencari lelaki bersenjata yang dikatakan bertanggungjawab membunuh seorang askar wanita rejim itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: