NGO

Negara Kini Dikawal Oligarki – Pengerusi PEMBELA

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CYBERJAYA, 19 April 2022 – “Negara kini dikawal bukan lagi oleh ahli politik tetapi oleh Oligarch/Taikun. Negara kita bukan lagi Demokrasi tapi Plutokrasi. Merekalah yang memainkan peranan di belakang tabir sehingga sesuatu polisi tidak akan dapat dilaksanakan tanpa “kebenaran” mereka,” kenyataan tegas tersebut diucapkan Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Hj Aminuddin Yahaya semasa merasmikan Konvensyen Ulama & Da’i Pembela Islam dua hari lalu di Cyberjaya.

“Kita lihat bagaimana mereka yang jelas melakukan kesalahan, menghina agama dan bangsa Melayu tetap bebas. Sistem politik negara sudah berada di tepi jurang kehancuran yang mustahil mampu mengangkat darjat bangsa dan agama.”

BACA: Naikkan Harga Atau Tiga Juta Telur Tiada Ramadhan Ini — Lee Yoon Yeau

BACA: Dunia Bakal Kebuluran Harga Barang Melambung

BACA: Daging Naik Harga Sempena Ramadan

Menurut beliau, sistem Demokrasi yang ada hari ini jelas gagal mengangkat Islam dan orang Melayu sebagai asas pembangunan negara. Sistem yang berdasarkan undi majoriti ini, menurut amatan beliau lagi, telah menyebabkan umat Islam terpaksa tunduk kepada golongan kuffar sebelum sesuatu dasar mahu dilaksanakan.

“Sebab itu Mahkamah Syariah sudah diperjuangkan lebih dari 10 tahun tetapi sehingga kini belum boleh diangkat sama taraf dengan Mahkamah Sivil sehingga dianggap sebagai mahkamah kelas kedua.”

Menyentuh kerosakan yang teruk ini kepada negara, beliau memetik kata-kata yang diucapkan ibu kepada Sultan Muhammad XII, Sultan terakhir Empayar Islam di Andalusia, ketika anaknya sedang menangis melihat Kota Al Hambra jatuh ke tangan Raja Ferdinand dengan kata-kata:

“Tangisan kamu umpama seorang wanita yang gagal mempertahankan negara seperti seorang lelaki.”

Hj Aminuddin menambah, “Oleh itu apabila kita bercakap tentang pengislahan kita mesti melihat dalam kerangka yang lebih luas (sistem) bukan dalam bentuk juzi’yyah (serpihan). Ini kerana manhaj yang dibawa Rasulullah SAW adalah Al-Quran itu sendiri dan Al-Quran itu adalah kehidupan. Firman Allah SWT, ‘Wahai orang-orang beriman sambutlah seruan Allah dan Rasul yang memberikan kehidupan kepada kamu….’ (Al-Anfal : 24).”

Dalam konvensyen tersebut, Hj Aminuddin menyeru supaya satu bentuk pergerakan tersusun dalam semua aspek dibuat oleh umat Islam supaya pengislahan total dapat dibuat bagi membetulkan semua kerosakan ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: