Tempatan

TERKINI: Beberapa Kawasan Di Sabah Dilanda Kepala Air, Banjir Kilat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SABAH, 01 November 2022 – Beberapa kawasan di sekitar Sabah dilaporkan dilanda kepala air, banjir kilat dan tanah runtuh susulan daripada hujan lebat yang berterusan sejak malam tadi.

Media melaporkan, hujan lebat yang berterusan telah melanggar Tawau menyebabkan beberapa kawasan mengalami banjir kilat antaranya Rawa-Rawa Batu 4, Jalan Damai, Lorong Haji Muis serta Sekolah Kebangsaan Batu 22 Jalan Apas.

Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Mazlan Sarman memberitahu, pihak bomba sedang giat menjalankan pemantauan di beberapa kawasan berpotensi dilanda banjir kilat di Tawau serta Kalabakan.

Dalam pada itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah melaporkan kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Kota Kinabalu-Keningau-Tenom dipercayai akibat hujan lebat berterusan.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, bagaimanapun jalan tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan pada masa ini selain pengguna jalan raya diminta menggunakan jalan alternatif Jalan Tenom-Spitang,” menurut laporan sama.

@indara7010 Tenom Banjir dan tanah runtuh 01.11.2022. Pray For Tenom. #banjir #tanahruntuh #tenom #sabah #fyp #fypシ #tsunami #malaysia #prayfor #sungai #november2022 #novemberrain #CapCut ♬ original sound – Indra Nra

Selain Kunak, Penampang antara kawasan yang turut terlibat dan membabitkan 75 orang mangsa daripada 14 buah keluarga berbanding 66 orang daripada 13 keluarga.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah, sembilan orang dari satu keluarga telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kolam Renang Kompleks Sukan Penampang manakala mangsa banjir di PPS Dewan Kampung Airport Tun Fuad di daerah Kunak kekal 66 orang membabitkan 13 keluarga.

“Setakat ini dua daerah dilanda banjir iaitu Penampang serta Kunak dan satu PPS masing-masing dibuka di daerah itu. Trend semasa banjir menunjukkan peningkatan dan cuaca hujan pagi ini.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: