Tempatan

Pengkid Berihram Lelaki, Sudah Pulang Namun Gagal Dikesan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 02 September 2022 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad mengesahkan wanita yang mengerjakan umrah dengan berpakaian ihram lengkap seperti lelaki telah pulang ke tanah air.

Bagaimanapun, pihaknya tidak dapat mengesan keberadaan wanita itu.

“Radar tak boleh trace,” kata Datuk Idris Ahmad dalam satu sidang media hari ini.

Berikutan itu, beliau telah meminta pihak berkuasa seperti Pejabat Agama Negeri untuk mengambil tindakan lanjut sejurus keberadaan wanita tersebut diketahui.

“Dapat tahu mana, kita suruh Pejabat Agama Negeri yang dia duduk tu panggil la. Tindakan akan diambil oleh pihak berkuasa agama negeri.”

Terdahulu, pengguna media sosial digemparkan dengan dakwaan dari seorang pengguna Twitter bahawa seorang wanita menyerupai lelaki (pengkid) telah pergi menunaikan umrah dengan mengenakan pakaian ihram lelaki.

“Berita tergempar, pengkid pergi umrah pakai ihram hahahaha. M*mpus kau lah sana semoga kena panah petir tak pun lumpuh sebelum balik. Main-main dengan hukum Allah,” ujar pengguna tersebut.

Presiden Persatuan Pengendali Umrah, Haji dan Ziarah Negeri Perak (PUHAZ), Mohd Ali Sabri Abd Rahman menyatakan bahawa wanita tersebut mengerjakan umrah secara DIY (urus sendiri).

Susulan pendedahan itu, Datuk Idris Ahmad telah meminta bantuan daripada pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk menyiasat bagi memastikan kesahihan isu yang sedang hangat diperkatakan di media sosial itu, sebelum sebarang tindakan seterusnya dapat diambil.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: