Negara Dalam Bahaya Sekiranya Pandemials & Precariats Tidak Dibantu
KUALA LUMPUR, 21 Februari 2023 – Ahli Parlimen Machang, YB Wan Ahmad Fayhsal Bin Wan Ahmad Kamal memberi amaran bahawa negara akan berdepan bahaya sekiranya tidak menangani isu Pandemials dan Precariats.
Beliau menjelaskan, ini kerana dua kelompok anak muda ini perlu dibantu oleh Kerajaan bagi mengelakkan masalah timbul kerana mereka merupakan aset dan harapan kepada negara.
BACA JUGA: Najib Razak Cadang ‘Multitier Dividen Structure’ Bantu Pencarum Berbaki Rendah
“Kalau mereka ditakuk ini maka negara akan hilang kekuatan untuk maju dan membangun. Produktiviti akan jatuh dan hasil negara termasuk kadar kutipan cukai akan merudum.”
Pandemials adalah generasi Millennial yang lahir pada tahun 2000 dan ke atas, yang tercicir dalam semua segi akibat pandemik COVID-19, manakala Precariats (Belia Resah) pula adalah golongan muda yang mempunyai sijil pendidikan tapi peluang pekerjaan terhad ditambah tidak padan dengan kemampuan mereka.
BACA JUGA: Tambah Jawatan Dalam Mahkamah Syariah Supaya Setaraf Mahkamah Sivil – Aminuddin Yahaya
“Kerja kais pagi makan pagi, kais petang tetap tak dapat makan malam!”
Tambah Wan Ahmad Fayhsal yang juga merupakan Ketua ARMADA BERSATU Malaysia menegaskan bahawa dua kelompok ini adalah generasi Sandwich, dihimpit dari luar (pasaran kerja, sistem ekonomi) dan dalam (tanggungjawab menjaga ibu, ayah dan anak-anak).
BACA JUGA: Jenazah Lelaki Didakwa Bukan Islam, MAIS Tunggu Keputusan Rayuan Mahkamah
Justeru, Kerajaan perlu bertindak segera dengan menghulurkan bantuan demi untuk menyelamatkan generasi Pandemials dan Precariats sekali gus menyelamatkan negara.