NGO

Negara Dalam Bahaya, Operasi Mossad Di Malaysia Perlu Diperangi – MAPIM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Sementara operasi Mossad di Malaysia yang mengguna orang tempatan untuk memburu pejuang Palestin Hamas di Malaysia tidak mengejutkan, kami menegaskan pihak berkuasa Malaysia perlu bertindak menyiasat bagaimana hal ini boleh berlaku.

Negara perlu berada pada kewaspadaan tahap tinggi bila berdepan dengan ancaman operasi Mossad yang boleh menerobos sempadan keselamatan negara.

Dengan insiden pembunuhan seorang warga Palestin pada 2018 di Kuala Lumpur, sepatutnya pihak keselamatan perlu bertindak menggerakkan agensi inteligen negara membaca operasi Mossad dan memantau situasi dengan terperinci.

Kami menegaskan pihak lokal yang rela diperguna oleh Mossad perlu disiasat secara menyeluruh kerana penemuan ujudnya golongan penjenayah terlibat dengan operasi Mossad mungkin sudah membina jaringan yang lebih luas.

Kegiatan espionaj Mossad di seluruh dunia bukan perkara baharu. Mengupah orang tempatan terutama kumpulan gengster lokal dengan bayaran lumayan cukup mudah diguna.

Kami mendesak pihak Kerajaan, ahli politik dan agensi keselamatan melakukan tindakan pantas dan tegas membanteras agensi Zionis ini beroperasi di negara ini.

Kami menggesa semua NGO di Malaysia bangkit untuk mengecam Zionis Israel dan agensi penjenayah Mossad dan melancarkan kempen memerangi mereka yang sanggup menjadi tali barut Mossad.

Suatu perhimpunan membantah keras insiden penculikan warga Palestin terbaru dan mengugut nyawa pejuang Palestin di Malaysia akan diatur.

Kami menegaskan supaya:

1. Kerajaan mengeluarkan kenyataan tegas kepada Mossad bahawa agensi penjenayah itu tidak boleh dibenarkan beroperasi di bumi Malaysia.

2. Pimpinan parti politik dan Kerajaan perlu mengeluarkan kenyataan mengecam Mossad dan tidak berkompromi sama sekali terhadap agensi itu.

3. Suatu nota bantahan perlu dihantar kepada Israel melalui Amerika Syarikat yang menjadi penyokong kuat Israel.

4. Pihak keselamatan Malaysia memantau sebarang operasi mengguna warga Malaysia sebagai ejen Mossad atau mana-mana ejen luar yang mengancam keselamatan negara.

5. Malaysia menghantar surat khas kepada pihak Palestin untuk menjamin keselamatan mana-mana warga Palestin di Malaysia dan bertindak menyelamat mereka yang menjadi sasaran Mossad.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: