Antarabangsa

Negara Arab & Islam Membisu, Kekal ‘Akrab’ Dengan Zionis Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 14 November 2023 – “Ketika ini rakyat Gaza dan Palestin hanya bergantung kepada tiga kumpulan tanpa negara iaitu Hamas, Jihad dan Hizbullah yang berjuang menentang kekejaman Israel dengan hanya dibantu oleh negara negara miskin seperti Syria, Yaman dan Iran. Manakala negara-negara Arab dan negara Islam sekitar hanya membisu dan kekal menjalankan perniagaan dengan Israel.”

Tempelak Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dalam satu kenyataan berhubung konflik penindasan dan kekejaman rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin ketika ini.

Beliau mendapati masyarakat Eropah lebih keras dan tegas berdemonstrasi besar-besaran mengutuk tindakan rejim yang disokong Amerika dan Britain, malah negara-negara di Amerika Latin dan Afrika juga mengkritik dan memutuskan hubungan dengan Israel serta menghalau duta Israel di negara mereka.

Sementara itu, negara Arab dan Islam di rantau tersebut masih mengekalkan hubungan diplomatik sekali gus membekalkan minyak, gas serta bekalan makanan kepada pendudukan haram.

Tambah Mohamad Sabu, “Malangnya di dunia Arab hanya ada beberapa negara yang berani mengkritik secara lantang seperti Iraq, Lubnan, Syria dan Algeria. Namun sebahagian besar yang lain kekal meneruskan hubungan diplomatik dan masih aktif berdagang dengan Israel.”

Tegasnya, ini menunjukkan seolah-olah mereka langsung tidak mempunyai perasaan terhadap belasan ribu rakyat Gaza yang tidak bersenjata dibunuh dengan kejam oleh rejim aparteid Israel melebihi sebulan ini.

“Shame on you.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: