Antarabangsa

Negara 4 Dos, Pecah Rekod Jangkitan Harian Global

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISRAEL, 20 Januari 2022 – Pakar teknologi kecerdasan buatan (AI) Israel, Dr Eli David menempelak tindakan kerajaan Israel meneruskan polisi pemberian vaksinasi kepada rakyat sehingga 4 dos suntikan sedangkan langkah itu gagal mengekang jangkitan wabak Covid-19.

Beliau berkata, “Israel, satu-satunya negara yang telah menerima empat dos vaksin dalam dunia (juga mewajibkan penggunaan topeng dan pasport Covid), baru sahaja memecahkan rekod dunia untuk kes harian Covid.”

Profesor Dr Cyrille Cohen, penasihat vaksin bagi kerajaan Israel juga turut meluahkan rasa terkejut dan kecewa beliau dan pasukannya atas kegagalan vaksinasi untuk menghalang sebaran wabak sepertimana yang mereka harapkan.

“Terutamanya dengan Omicron, di mana kami tidak dapat melihat apa-apa perbezaan ketara, terdapat perbezaan yang terlalu kecil antara mereka yang telah divaksinasi dan mereka yang tidak divaksinasi, kedua-duanya boleh dijangkiti oleh virus, dengan kadar kecepatan yang lebih kurang sama.”

Beberapa hari yang lalu, Prof. Gili Regev-Yochay dari Pusat Perubatan Sheba juga telah membuat pengumuman bahawa suntikan penggalak keempat tidak memberi kesan kepada varian Omicron.

Kenyataan beliau mengenai hasil kajian Pusat Perubatan Sheba itu dikatakan tidak diterima dengan hati terbuka oleh Kementerian Kesihatan Israel, menurut laporan media.

Leave a Reply

Back to top button