Tempatan

Ops Tapis Berjaya Tahan 13 Tokan Dadah Johor

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

JOHOR BAHRU, 10 Disember 2022 – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Johor berjaya menahan 13 tokan dadah dalam Op Tapis Khas, yang dijalankan di seluruh negeri itu, sejak Selasa hingga Khamis baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, pihaknya turut merampas pelbagai jenis dadah seperti heroin seberat lebih 1.4 kilogram, 634 gram syabu dan 285 gram ganja, yang dianggarkan bernilai RM82,227.20.

Selain itu, JSJN Kontinjen Johor itu turut menahan 281 individu atas pelbagai kesalahan dadah.

“Dalam operasi ini, seramai 320 individu diperiksa dan 281 daripadanya ditahan atas pelbagai kesalahan dadah iaitu 31 kes bekalan, 57 kes memiliki dadah dan 193 orang penagih,” kata Datuk Kamarul Zaman.

“Turut ditahan dalam operasi ini adalah 37 suspek berstatus orang dikehendaki (wanted person) dan 13 tokan dadah.”

“Seramai 20 suspek yang ditahan pula akan diambil tindakan mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952.”

Ujar Ketua Polis Johor itu lagi, jumlah dadah yang dirampas itu jika terlepas ke pasaran boleh digunakan oleh 10,466 orang penagih.

Kesemua yang ditahan berusia antara 18 tahun dan 70 tahun, membabitkan 261 lelaki dan 20 perempuan.

Op Tapis Khas dilaksanakan di semua daerah, dengan tumpuan di kawasan panas seperti tanah rancangan FELDA, projek perumahan rakyat (PPR), kawasan perumahan kos rendah, jeti nelayan dan jeti haram.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: