Antarabangsa

Nasib Sejuta Pelarian Rohingya Masih Kelam

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

COX’S BAZAR, 26 Ogos 2022 – Pelarian Rohingya yang berlindung di kem pelarian Rohingya di Bangladesh berharap agar mereka dapat kembali ke kampung halaman demi masa depan generasi kecil mereka.

“Untuk dapatkan keadilan dan keselamatan untuk anak-anak kami, kami mesti harus pulang ke Myanmar,” kata Abdul Hamid, pelarian Rohingya yang juga bapa kepada tiga cahaya mata.

“Saya rasa tertekan. Di sini, anak-anak saya tidak mempunyai tempat bermain dan dapatkan pendidikan,” tambah isteri Abdul Hamid.

Dilaporkan bahawa lebih 100,000 bayi dilahirkan di kem penempatan pelarian Rohingya di Bangladesh sejak kawasan itu diwujudkan.

Keadaaan yang sama juga dihadapi oleh pelarian di kem yang sama di mana mereka sudah penat dengan masa depan yang tidak menentu terutama nasib anak-anak mereka.

Anak-anak kecil yang sepatutnya menghadiri sekolah kini bermain di kawasan persekitaran yang tidak bersih disebabkan nasib yang menimpa ibu bapa mereka.

Buat masa ini, komuniti pelarian Rohingya di Bangladesh hanya mampu memberikan pendidikan asas kepada generasi kecil mereka seperti membaca al-Quran, solat dan pendidikan moral di mana sekurang-kurangnya, anak-anak mereka boleh meneruskan kehidupan dan berfungsi sebagai sebahagian daripada masyarakat.

“Kami memohon dan menyeru pihak berkuasa dan masyarakat antarabangsa untuk memastikan anak-anak Rohingya mendapat pendidikan berkualiti dan pendidikan tahap tinggi,” kata Mojib Ullah, pengasas bersama Rohingya Refugee Network.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: