Tempatan

Nas Quran Dan Sunnah Bukan Conversion Therapy – Lukman Sheriff

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 25 Mac 2022 – Dakwaan sesetengah pihak yang menuduh aplikasi keluaran JAKIM yang menggunakan nasihat daripada al-Quran dan Sunnah bagi membimbing golongan LGBT ke jalan yang benar sebagai ‘conversion therapy‘ adalah tidak tepat, menurut peguam Lukman Sheriff.

““Conversion therapy” adalah satu perkataan yang mempunyai konotasi yang sangat negatif. Dalam sejarah conversion therapy untuk menjadi seseorang itu heterosexual, barat menggunakan terapi electric shocks, dadah, surgeri dsbg atau dalam erti kata lain torture. Inilah maksud implikasi dan konotasi conversion therapy.”

“Jadi apabila satu program atau app yang dibuat secara sukarela untuk menyatakan atau menasihatkan kedudukan dalam Quran dan Sunnah dan perspektif Islam di “ban” ini amatlah bahaya dan melampau. Ia menyekat kebebasan beragama kita. Ia menyekat bagaimana kita nak bersuara,” kata beliau.

Beliau menegaskan bahawa aplikasi tersebut tidak mempunyai sebarang unsur paksaan fizikal, dan tiada siapa pun yang dipaksa untuk muat turun aplikasi tersebut.

” Jadi memanggil ini sebagai conversion therapy memang berniat jahat untuk menyalahgambar/ misrepresenting this issue. Hakikatnya program ini jauh sungguh dari apa-apa konotasi “torture” yang timbul dari perkataan conversion therapy.”

“Kalau program melibatkan paksaan fizikal atau torture ini cerita lain. Tetapi apabila ianya hanya sekadar menasihati dan kita dilarang untuk meluahkan atau menyuarakannya ini sudah melampaui batas.”

“Dahlah kenyataan Islamophobia berleluasa, ini pula nak menceritakan kedudukan kita pun salah. Double whammy. Yang mungkar dibenarkan tetapi yang baik disekat. Terbalik langsung. Ia menyekat kita dari bersuara terus. Teruk betul dah ni.”

Peguam itu juga berasa kecewa dengan sifat media dan platform carian Barat yang disifatkan sebagai terpengaruh dengan kenyataan kebencian di dalam Islam sehingga tergamak meletak tuduhan yang bukan-bukan terhadap aplikasi JAKIM itu.

“Macamana isu ini boleh masuk suratkhabar Guardian pun saya tak tahu. There is nothing for us to be embarrassed sepertimana diajukan dalam Twitter. Apa yang terjadi adalah suppression of freedom of expression and religion.”

“Dia menyekat kita bersuara tentang agama kita. Kita sepatutnya bukan sahaja ashamed dengan tindakan Google yang termakan dengan kenyataan kebencian terhadap Islam, tetapi menentangnya dalam menyekat kebebasan bersuara dan agama kita.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: