Antarabangsa

Naratif Rasmi Tentang 9/11 Palsu-Pembantu Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 13 September 2022 – Ahli ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang juga seorang penulis buku, Dr Paul Craig Robert telah menyatakan bahawa sejak 21 tahun yang lalu, semakin ramai rakyat AS yang sudah lagi tidak mempercayai naratif versi rasmi mengenai tragedi 11 September 2001.

Dr Roberts yang merupakan mantan Pembantu Setiausaha Perbendaharaan pada waktu pentadbiran Reagan telah membuat kenyataan sedemikian pada sebuah artikel Ahad lalu.

“Penyiasatan rasmi AS berkenaan serangan tersebut tidak pernah berlaku,” ujarnya dalam artikel tersebut.

Beliau yang juga penyunting Wall Street Journal juga mendedahkan bahawa Laporan Suruhanjaya 9/11 sebenarnya hanyalah sesuatu yang ditulis menurut naratif kerajaan semata-mata.

Menurut beliau lagi, telah ramai pakar dan penyelidik persendirian yang telah mempersoalkan perkara-perkara yang terdapat dalam naratif rasmi kerajaan berkenaan kejadian serangan tersebut.

Mereka juga percaya bahawa terdapat unsur-unsur jahat di dalam kerajaan AS, seperti mantan Naib Presiden Dick Cheney yang telah mendalangi, ataupun paling tidak, menggalakkan serangan 9/11 itu bagi mempercepatkan agenda perang AS dan untuk mengutamakan agenda Zionis.

Pada artikel yang sama juga Dr Roberts menyatakan bahawa beliau telah membuat laporan mengenai penyiasatan-penyiasatan persendirian, penemuan-penemuan para saintis, ahli-ahli akademik, para jurutera serta para arkitek selama 21 tahun dan beliau menyimpulkan bahawa naratif kerajaan adalah palsu.

“Ianya amat jelas pada saya bahawa 9/11 itu adalah kerja orang dalam, ianya merupakan operasi khianat yang mana kesalahan tersebut diletakkan di bahu orang Islam bagi membolehkan ‘perang terhadap keganasan’ yang mana ianya bertujuan untuk memusnahkan musuh Israel di Timur Tengah,” ujarnya lagi dalam menyatakan tentang tujuan sebenar serangan tersebut dilakukan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: