Antarabangsa

Naratif ‘Konflik’ & Bukannya ‘Pendudukan Haram’ Bawaan Barat, Sukarkan Usaha Antarabangsa Bebaskan Palestin

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

WASHINGTON, 28 Oktober 2022 – Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Francesca Albanese menyeru pertukaran naratif ‘konflik’ antara Israel dan Palestin yang dibawa oleh Barat kepada ‘pendudukan haram’ berikutan usaha antarabangsa yang semakin sukar untuk membebaskan negara Islam Palestin.

Menerusi satu laporan PBB, Francesca menggesa penggunaan bahasa dan pendekatan yang betul dalam isu yang melibatkan pendudukan rejim haram aparteid Israel dan sokongan terhadap hak rakyat Palestin menentukan nasib mereka sendiri.

Francesca, pengarang laporan tersebut mengatakan bahawa ia komprehensif dan mengambil pendekatan holistik terhadap isu undang-undang antarabangsa. Beliau turut mempersoalkan sikap berdiam diri masyarakat antarabangsa mengenai isu penindasan rejim haram terhadap rakyat Palestin.

Tegasnya, “Apa lagi yang diperlukan untuk orang melihat bahawa 55 tahun kekejaman, pendudukan dan serangan tentera adalah benar-benar satu pendudukan.”

Jelas beliau, ‘keistimewaan’ yang telah diberikan kepada rejim haram aparteid Israel, khususnya oleh negara Barat telah melemahkan kuasa undang-undang antarabangsa, menetapkan panduan negatif sekali gus mendorong pihak lain untuk bertindak melanggar undang-undang antarabangsa.

Beliau turut mengkritik negara Barat atas bantahan berkali-kali terhadap pengiktirafan realiti kehidupan rakyat Palestin dan pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh rejim haram. Beliau menyifatkan tingkah laku dan sokongan mereka sebagai ‘perlindungan’ dan satu bentuk ‘persaudaraan’.

Dalam pada itu, hasil laporan juga mendapati bahawa dasar dan amalan diskriminasi meluas yang dikenakan ke atas rakyat Palestin adalah sama dengan jenayah aparteid di bawah undang-undang antarabangsa.

Meskipun begitu, mengehadkan layanan yang diterima rakyat Palestin kepada istilah ‘aparteid’ tidak memberi maksud menyeluruh terhadap penindasan rejim Israel, ujarnya.

Mengulas lanjut, Francesca menggesa masyarakat antarabangsa untuk mengiktiraf dan mengutuk sikap penjajah rejim haram aparteid Israel serta menuntut penamatan segera secara rasmi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: