Tempatan

Jasa Chen Man Hin Diabadikan, Satu Kejayaan Pemimpin DAP Negeri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 Mei 2023 – Pemimpin DAP Negeri Sembilan dikatakan mencapai ‘kejayaan’ apabila berhasil menamakan sebatang jalan sempena nama pengasas parti iaitu mendiang Chen Man Hin.

Lapor media, Anthony Loke, Setiausaha DAP yang juga merupakan Menteri Pengangkutan Malaysia merasmikan penukaran nama Jalan Temiang kepada Jalan Dr. Chen Man Hin semalam.

Usahanya itu meraih pujian dan ucapan tahniah Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng menerusi ciapan di laman Twitter.

“Tahniah kepada Setiausaha Agung saudara Anthony Loke dan Teo Kok Seong yang menjayakan usaha ini.”

BACA JUGA: GEMPAR! Kibar Bendera Palestin Bakal Dianggap Jenayah

BACA JUGA: Lapor Pusat Jagaan Tidak Berdaftar Pada JKM – SUHAKAM

BACA JUGA: Gunung Berapi Aktif Mexico Muntahkan Abu, Sekolah Terpaksa Ditutup

“Keluarga Dr Chen pastinya berbesar hati. Negeri Sembilan di bawah saudara Anthony Loke menyertai Pulau Pinang dalam menjadi dua negeri yang menamakan jalan sempena pimpinan kita,” ujarnya.

Terdahulu, Menteri Besar Negeri Sembilan mengumumkan pertukaran dua batang jalan iaitu Jalan Temiang kepada Jalan Dr Chen Man Hin dan Jalan Sekamat kepada Jalan Datuk Sheikh Mohd Murtadza Ahmad iaitu bekas Mufti Negeri Sembilan.

Sebelum itu, pada 2014, nama bekas Pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh telah diabadikan di Pulau Pinang ketika Guan Eng menjadi Ketua Menteri. IJM Promenade di Lebuh Sungai Pinang dinamakan semula dengan Persiaran Karpal Singh.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: