Tempatan

Nama Raja Permaisuri Agong Jadi Inspirasi Penamaan Orkid Hibrid

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SINGAPURA, 27 Oktober 2022 – Nama KDYMM Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dijadikan inspirasi dalam menamakan satu spesis bunga orkid hibrid, ‘Dendrobium Queen Azizah of Malaysia’.

Menurut sebuah laporan tempatan, penamaan tersebut dipersembahkan kepada  KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong oleh Presiden Singapura sendiri, Halimah Yacob, berserta suami beliau, Mohammed Abdullah Alhabshee.

Dalam majlis tersebut, Seri Paduka Baginda berdua berkenan menggantikan plak lama bunga orkid berkenaan kepada plak baru yang tertera “Dendrobium Queen Azizah of Malaysia”.

Upacara tersebut adalah bersempena lawatan KDYMM Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan KDYMM Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke Singapura sehingga Jumaat ini.

Spesis orkid tersebut mempunyai ciri-ciri yang sangat unik, dengan bibir unggu kemerahan yang dihiasi kelopak dan sepalnya yang kuning keemasan – sebuah gandingan warna yang elegan dan memukau.

Di Singapura, bunga orkid diangkat sebagai bunga kebangsaan di sana, dan ia menjadi sebuah ‘tradisi’ untuk bunga orkid dinamakan sempena lawatan orang kenamaan ke negara pulau tersebut.

Antara tokoh-tokoh Malaysia yang pernah mendapat penghargaan sedemikian ialah Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar dan Raja Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Idris Shah, serta Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: