Antarabangsa

Bakteria Maut: CDC Beri Amaran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

WASHINGTON, 31 JULAI 2022 – Para pegawai kesihatan Amerika Syarikat (AS) telah mengeluarkan amaran berkenaan ancaman sejenis bakteria yang baru dikesan buat kali pertama di negara itu.

Ianya dikatakan mampu menyebabkan masalah kesihatan yang serius setelah beberapa orang yang telah dijangkiti oleh kuman tersebut telah jatuh sakit.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) melalui pengumuman kecemasannya telah mengisytiharkan bahawa mereka telah mengenal pasti bakteria jenis Burkholderia Pseudomallei buat kali pertama di persekitaran negara itu. Mereka juga telah mengesan bahawa jenis kuman tersebut dapat mengakibatkan penyakit yang jarang ditemui iaitu melioidosis yang juga dikenali sebagai penyakit “Whitmore”.

Bakteria tersebut dilaporkan dikenal pasti melalui sampel tanah dan air di selatan Missisippi ketika pihak mereka sedang membuat kajian terhadap dua kes meliodosis yang melibatkan manusia.

Sebelum ini mereka telah mengenal pasti satu kes berkenaan wabak tersebut pada Julai 2020. Namun kewujudan bakteria tersebut secara langsung di persekitaran tempatan hanya mula dikenal pasti pada bulan Jun tahun ini.

Dua kes yang melibatkan manusia sebelum ini telah menyebabkan pesakit tersebut dimasukkan ke dalam hospital kerana mengalami sepsis dan pneumonia. Namun kedua-dua pesakit tersebut telah berjaya dipulihkan melalui rawatan antibiotik.

Menurut agensi kesihatan tersebut, bakteria itu biasanya dijumpai di kawasan beriklim tropika dan subtropika di seluruh dunia. Ini termasuklah di Asia Tenggara, Amerika Tengah, Amerika Selatan, Australia dan Carribean.

CDC telah mengesahkan bahawa bakteria tersebut muncul daripada salah satu daripada beberapa makmal mereka di Louisiana setelah beberapa kajian melibatkan haiwan dilakukan. Agensi tersebut seterusnya telah menutup operasi makmal mereka yang berkaitan dengan bakteria Pseudomallei kerana menurut mereka, terdapat beberapa masalah serius yang telah timbul berkenaan dengan prosedur keselamatan agensi tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: