Tempatan

Nak Ice Cream? Join Sugarbook

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR: Seorang pengguna laman sosial Twitter menciap, “In my opinion chart tu aku tak rasa legit and betul, because dekat sunway this kinda “sugarbook things” dia datang dekat sunway, mintak kitaorang download apps dia, then dia bagi icecream free, and ramai orang beratur nak icecream free, and yes im one of it”.

alifars-1.png?resize=300%2C204&is-pending-load=1#038;ssl=1

Dalam ciapan tersebut, @AlifArrs berkongsi pengalaman bagaimana dia boleh mengetahui dan memuat turun aplikasi Sugarbook di telefon bimbitnya.

Tambah pemilik akaun berkenaan “Haah dia datang macam setup mini booth dekat tempat orang lalu lalang exit gate camtu lepastu dia panggil orang cakap free ice-cream and kena queue, sampai turn kau dia tanya la, have you heard of “sugarbook” tak cakap pun dating site ke apa then dia cakap download this app, available at app/play store”.

alifar-2.png?resize=300%2C224&is-pending-load=1#038;ssl=1

@AlifArrs juga menambah, “Mostly orang download lepastu delete balik. Sebab nak free icecream je”.

alifar-3.png?resize=300%2C168&is-pending-load=1#038;ssl=1

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata, setakat ini, sebanyak 74 laporan polis diterima di seluruh negara berhubung kes Sugarbook.

Susulan itu, pihak polis telah menahan pengasasnya, Darren Chen, 34 tahun.

Walau bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan pihak polis untuk menahan reman pengasas aplikasi Sugarbook itu selepas Darren memberi aku janji akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis.

Media sebelum ini melaporkan, Malaysia berada pada kedudukan ketiga tertinggi di Asia, selepas India dan Indonesia bagi negara mempunyai bilangan ‘sugar daddy’ paling ramai melalui aplikasi Sugarbook, yang menyediakan platform mencari perempuan simpanan atau lebih dikenali sebagai ‘sugar baby’.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: