Tempatan

Najis & Ulat, Ladang Ayam Dikenakan Tindakan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TAIPING, 19 Julai 2022 – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah Larut Matang, Perak telah mengambil tindakan dan mengarahkan pihak sebuah ladang ternakan ayam yang terletak kira-kira enam kilometer dari Kampung Padang Besar, Changkat Jering untuk menyelesaikan masalah najis dan ulat yang membuat kacau serta mengganggu kehidupan penduduk sekitar sejak dua tahun lalu.

“Pihak (JPV) juga mengemukakan cadangan pemberhentian operasi sementara sehingga kesemua penambahbaikan atas teguran kesalahan dilaksanakan secara menyeluruh,” ujar Exco Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Razman Zakaria dalam satu kenyataan mengenai tindakan yang diambil ke atas sebuah ladang ayam yang dipercayai menjadi punca ribuan lalat mengganggu kehidupan penduduk kampung tersebut.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihak kerajaan negeri juga dalam usaha memperkasakan undang-undang dengan melaksanakan pindaan Enakmen Perladangan Unggas 2005 seperti meningkatkan kadar kompaun terhadap pengusaha ladang ternakan ayam yang melanggar garis panduan ternakan ayam.

Walau bagaimanapun, beliau memaklumkan bahawa kerajaan negeri juga perlu memberikan keseimbangan dalam menjaga keperluan bekalan ayam dalam negeri dan negara serta berusaha dalam menjaga kebajikan rakyat serta orang awam untuk keharmonian bersama.

“Kerajaan Perak akan terus memberikan komitmen sepenuhnya bagi memastikan sebarang isu kacau ganggu awam disebabkan ternakan ayam ini dapat dikawal dengan sebaik mungkin,” ujar beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: