Tempatan

Najib: PM Mesti Campur Tangan Atau Hadap Himpunan Lebih Besar – Presiden PANJI

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2022 – “Jika minggu ini tidak berlaku apa-apa pengampunan terhadap Datuk Seri Najib, minggu depan kami akan datang dengan lebih besar lagi.”

Demikian kenyataan peringatan oleh Presiden Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia, Syed Muhammad Imran Syed Abdul dalam satu himpunan semalam.

Beliau juga memohon YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri untuk campur tangan dalam kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang telah disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

“Saya mohon YAB Perdana Menteri campur tangan, atau pemimpin negara, pemimpin UMNO tarik sokongan terhadap Kerajaan sekarang. Kerajaan campuran sekarang memang betul-betul tak guna,” ujar Syed Muhammad Imran.

Beliau semalam mewakili kumpulan penyokong Datuk Seri Najib Razak berhimpun di luar Istana Negara, bagi menyerahkan memorandum memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hanya selepas sehari bekas Perdana Menteri itu menjalani hukuman penjara.

Kira-kira 300 penyokong Najib yang kebanyakannya berpakaian hitam, berkumpul di hadapan Istana Negara di bawah pengawasan pihak polis.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker