Tempatan

Najib Mesti Fail Petisyen Dalam Tempoh 14 hari Atau Hilang Status MP Pekan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 24 Ogos 2022 – Bekas Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak mesti memfailkan petisyen dalam tempoh 14 hari atau beliau akan kehilangan statusnya sebagai Ahli Parlimen Pekan, menurut peguam, New Sin Yew.

“Tetapi bagi kes Najib, jika dia tidak melakukannya dalam tempoh 14 hari, dia akan kehilangan status sebagai Ahli Parlimen di bawah Perkara 48.”

Dalam pada itu Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun memaklumkan masih menunggu perintah rasmi yang diwartakan berhubung status kerusi Parlimen Pekan yang disandang Najib Razak sejak tahun 1976 itu.

“Jika dia tidak memfailkan sebarang rayuan lain dalam tempoh 14 hari, maka dia akan hilang kelayakan,” jelas Tan Sri Azhar Azizan Harun yang juga menjelaskan perkara yang sama.

Tambah beliau, jika dalam tempoh 14 hari terdapat petisyen difailkan untuk pengampunan, maka kelayakan Ahli Parlimen untuk menyandang kerusinya akan kekal sehingga petisyen diputuskan.

Semalam, bekas Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan itu selepas selesai mendengar hujahan dan permohonan yang dikemukakan sepanjang rayuan akhir bermula sejak minggu lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: