Tempatan

Kerajaan Pertimbang Cadangan Waktu Kerja Fleksibel Tarik Minat Anak Muda

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Oktober 2023 – Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan memperkenalkan waktu kerja fleksibel bagi menarik minat anak tempatan terutama generasi muda menceburi sektor perladangan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud berkata, ia adalah sebahagian daripada usaha jangka panjang untuk mengurangkan kebergantungan pekerja asing di negara ini.

“Masalah untuk mencari pekerja ladang, anak generasi muda tidak berminat bekerja di ladang dan kebergantungan kepada buruh asing amat tinggi.”

Mustapha berpendapat, waktu kerja fleksibel boleh diwujudkan sama seperti yang dipraktikkan oleh syarikat dalam sektor minyak dan gas.

“Kalau mereka bekerja ladang sepanjang masa, mungkin agak membosankan, sebab dalam sektor minyak dan gas, dia boleh balik dua minggu sebelum kembali bekerja.”

“Ini antara cadangan yang dilontarkan dan sedang cuba dikaji bersama kementerian lain supaya kita dapat mengajak anak muda untuk bekerja di ladang supaya kita tidak terlalu bergantung kepada buruh asing,” katanya.

Mustapha berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib (PN-Maran) mengenai tindakan kerajaan bagi menarik minat pekerja tempatan untuk menceburi sektor perladangan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: