Antarabangsa

Bakar Al-Quran: Pemimpin Agama Iran Tuntut Hukuman Keras

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

IRAN, 24 Julai 2023 – Pemimpin Revolusi Islam, Ayatollah Seyyed Ali Khamenei telah menuntut agar penghina al-Quran di Sweden dikenakan “hukuman keras”. Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu lalu, beliau menyatakan bahawa,

“Kejadian yang menghina kesucian al-Quran di Sweden adalah sebuah insiden yang pahit, bersifat konspirasi dan merbahaya. Kesemua sarjana Islam telah bersepakat bahawa pelaku wajar dihukum dengan hukuman sekeras-kerasnya”.

BACA JUGA: Selaras Modul Pendidikan Tahfiz, Madrasah Melalui SPM Atau STAM

BACA JUGA: AWAS Tanah Mendap: Jalan Keluar Dari Forest City Ditutup Sepenuhnya

BACA JUGA: Jenazah Salahuddin Ayub Dikebumi Tengahari Ini

“Kerajaan Sweden juga perlu tahu bahawa dengan menyokong penjenayah, tindakan tersebut adalah sebuah pendirian perang terhadap dunia Islam serta menjemput kebencian serta dendam umat Islam dan banyak kerajaan-kerajaan Islam”.

“Tanggungjawab kerajaan (Sweden) adalah untuk menyerahkan pelaku jenayah tersebut kepada sistem perundangan negara-negara Islam”.

Dalam kenyataan yang sama, pemimpin tersebut turut mengatakan bahawa mereka yang terlibat dengan konspirasi dalam hal ini juga perlu tahu bahawa kesucian dan keagungan al-Quran akan meningkat dari hari ke hari dan cahaya petunjuknya juga akan menjadi semakin terang.

Setelah selesai solat Jumaat baru-baru ini, jutaan warga Iran telah berhimpun di jalanan di seluruh negara tersebut dengan memegang naskhah al-Quran dan melaungkan,

“Orang Sweden yang jahat itu boleh pergi m*t*! M*t*lah Israel!”

Menteri Luar Iran juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak beliau tidak akan menerima mana-mana wakil Sweden sehinggalah Stockholm mengambil “tindakan yang serius dan berkesan dalam menangani perlanggaran kesucian Islam yang berterusan”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: