Tempatan

Naikkan Gaji Penjawat Awam: Bagaimana Nasib Rakyat Yang Lain? – Pakar Perundangan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 Ogos 2022 – Datuk Salehuddin Saidin, pakar perundangan, mempersoalkan desakan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya Kerajaan menaikkan gaji penjawat awam.

“Kalau kita naikkan gaji penjawat awam, bagaimana dengan nasib rakyat yang lain?” soal beliau, seperti yang dilaporkan portal tempatan.

Tambahnya lagi, pekerja Kerajaan tidak mengalami sebarang masalah kehilangan pekerjaan ketika pandemik berlaku, bahkan mereka dibayar gaji tetap.

“Ketika pandemik, kebanyakan penjawat awam tidak kehilangan pekerjaan, malah, gaji tetap dibayar, sedangkan rakyat yang lain hilang pekerjaan dan hidup susah.”

Menurut beliau lagi, hal ini akan menjejaskan pentadbiran negara dalam keadaan ekonomi negara masih dalam proses pemulihan pasca-pandemik.

Terdahulu, Samudera.my melaporkan tentang desakan CUEPACS supaya gaji pekerja Kerajaan dinaikkan, di mana CUEPACS menyatakan bahawa mereka tidak akan teragak-agak untuk berpiket di Putrajaya.

“Jika gaji mereka tidak disemak sebelum Parlimen dibubarkan, CUEPACS bersedia untuk berpiket di Putrajaya bersama penjawat awam,” tegas Presiden CUEPACS, Adnan Mat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: