Tempatan

Naikkan Bantuan Mangsa Banjir Kepada RM2,000

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KEMAMAN, 13 Disember 2022 – “Kalau dulu setiap mangsa banjir dapat RM1,000 seorang. Saya rasa atau saya cadangkan Kerajaan baharu yang lebih berwibawa, semangat baharu, mungkin kita boleh naikkan kepada RM2,000 seorang kepada mangsa banjir,” kata Timbalan Pengerusi Bencana Negeri Terengganu, Hanafiah Mat.

Beliau menyarankan Kerajaan Pusat supaya menaikkan peruntukan bantuan kepada mangsa yang terjejas akibat bencana banjir, seiring dengan peningkatan kos sara hidup dan beban yang ditanggung.

Beliau juga berpendapat bahawa agensi yang dilantik perlu menyelaras senarai mangsa yang layak menerima bantuan tersebut bagi mengelakkan berlakunya ketirisan dan penyelewengan.

Tambahnya, kuasa untuk menentukan jumlah bantuan adalah di bawah Kerajaan Persekutuan dan diseliakan oleh Agensi Pengurusan Bencana Banjir (NADMA).

Justeru itu, Hanafiah berharap Kerajaan baharu dapat bersikap prihatin dan meneruskan legasi kerajaan lama atau sebaiknya, menambah baik lagi.

Terkini, mangsa banjir beberapa buah negeri di Semenanjung terus menunjukkan peningkatan di mana Kelantan mencatatkan bilangan tertinggi seramai 1943 mangsa, Pahang seramai 443 mangsa, 186 mangsa di Terengganu, 180 mangsa di Perak dan 50 mangsa banjir di Johor setakat pagi ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: