Tempatan

“Rebus Umat Islam Macam Katak”: Kalau Diambil Di Luar Konteks, Apa Sebetulnya Maksud Ayat Itu? – Syed Hassan Syed Ali

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 3 Mei 2021 – “Sebenarnya saya percaya ayat-ayat anti-Islam yang diucapkan oleh ketua-ketua agama tertentu seperti ini bukan setakat apa diluahkan dalam audio terdedah ini, malah lebih teruk lagi dan telah banyak kali mungkin, tetapi tiada pendedahan audio dilakukan,” kata Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Syed Hassan Syed Ali.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ‘Agenda 25 Tahun Ketua Biskop Katolik’ untuk merebus umat Islam seperti merebus katak yang tular di media sosial baru-baru ini yang mendapat reaksi pelbagai pihak serta menimbulkan kemarahan umat Islam yang ketika ini sedang menjalani ibadah puasa Ramadan.

“Saya hairan ketua-ketua bagi agama tersebut melihat Islam sebagai musuh utama sedangkan mereka terus juga berkembang dan dapat hidup aman serta mengamalkan agama mereka tanpa ada gangguan pun selagi mana mereka menuruti atau menghormati Perlembagaan Negara,” katanya.

Terdahulu, Catholic Lawyer Society telah mengesahkan rakaman tersebut tetapi mengatakan ianya diambil di luar konteks.

Syed Hassan kemudiannya menegaskan Catholic Lawyer Society yang membuktikan ucapan itu memang telah dilakukan tetapi mengatakan telah diambil luar konteks oleh pihak tertentu dan alasan itu dilihat hanyalah ingin memperbodohkan pihak lain.

“Soalnya, jika mereka katakan ucapan tersebut telah diambil dari luar konteks sesetengah pihak, jadi apakah yang sebetulnya maksud ayat-ayat tertentu dalam ucapan tersebut?”

“Jangan ingat kami bodoh untuk memahami kiasan yang diberikan”, tambah beliau.

Bagaimana pun, jika perancangan sebegini benar-benar wujud, pasti ada implikasi dan impaknya kepada masyarakat beragama dan masyarakat umum di Malaysia.

Menurut beliau, jika perkara ini berlaku lagi ianya akan menjadi penyebab tercetusnya permusuhan antara dua masyarakat yang berbeza agama dengan lebih serius.

“Negara luar akan menganggap Malaysia tidak aman untuk dilawati atau untuk melabur dan kuasa besar akan mengambil kesempatan menyebabkan negara jatuh di bawah kuasa asing,” tegasnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: