Terkini

Halau Pribumi Kepulauan Chagos 50 Tahun Lampau, UK & AS Lakukan Jenayah Kemanusiaan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LONDON, 18 Februari 2023 – Pengusiran secara paksa terhadap seluruh orang Chagos oleh kerajaan British dan Amerika Syarikat (AS) serta tindakan menyekat warga asal tanah Chagos dari kembali ke tempat asal mereka adalah merupakan sebuah jenayah kemanusiaan.

Kenyataan tersebut telah dibuat oleh Human Rights Watch menerusi sebuah laporan dan video yang telah dilancarkan pada Rabu lalu.

Laporan yang bertajuk “That’s When The Nightmare Started”: UK and US Forced Displacement of Chagossians and Ongoing Colonial Crimes” itu telah mendedahkan tentang layanan terhadap kelompok Chagossi, sebuah etnik asal di Diego Gracia.

BACA JUGA: PERHATIAN, Ribut Petir Bakal Langgar 5 Negeri Hari Ini

BACA JUGA: Aplikasi Terkenal Tawar Pinjaman, Semakin ‘Mudahlah’ Orang Hendak Meminjam – PPIM

BACA JUGA: Peristiwa Israk & Mikraj Relevan Dengan Semua Konteks Masyarakat 

Kerajaan United Kingdom (UK) dengan bantuan AS telah menghalang etnik tersebut daripada pulang ke tanah air mereka. Walaupun UK dan Mauritia telah berunding mengenai masa depan Chagos pada tahun lalu, namun setakat ini masih belum ada sebarang komitmen yang jelas dalam menjamin hak orang-orang Chagossi.

Menurut Clive Baldwin, penulis laporan tersebut yang merupakan seorang penasihat undang-undang di Human Rights Watch, UK kini sedang melakukan jenayah penjajahan yang mengerikan, di mana mereka melayan kesemua orang Chagossi sebagai manusia yang tidak mempunyai sebarang hak. Menurutnya lagi,

“UK dan AS yang telah bersama-sama menghalau orang Chagossi daripada tempat asal mereka perlu memberi ganti rugi sepenuhnya atas apa yang telah mereka lakukan”.

UK dan AS telah meninggalkan warga Chagossi di Mauritia dan Seychelles, di mana mereka tinggal dalam keadaan kemiskinan dahsyat yang telah menyebabkan mereka terpaksa berdepan dengan diskriminasi dan pelanggaran hak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: