Tempatan

NACSA Keluarkan Amaran Sistem Siber Negara Bakal Digodam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR – Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) mengeluarkan notis amaran kepada semua agensi kerajaan untuk mengambil langkah perlu bagi mencegah dan meminimumkan impak sekiranya sistem siber digodam.

 Ini berikutan ancaman oleh ‘Anonymous Malaysia’, yang mahu menggodam laman web kerajaan.

Kumpulan penggodam terkenal itu mengeluarkan ancaman menerusi penularan satu video yang dikeluarkan di platform media sosial mereka pada Isnin lalu.

Sehubungan itu NACSA, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bekerjasama bagi mengambil tindakan yang sewajarnya.

“NACSA, MKN juga sedang bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengkoordinasi dan mengambil tindakan yang sewajarnya.”

Selain itu, Kerajaan telah memberi keutamaan kepada keselamatan infrastruktur teknologi informasi kebangsaan termasuk sistem-sistem kritikal dan telah menggariskan langkah-langkah memperkasakan sistem IT-nya seperti usaha memperbaiki kemahiran dan kepakaran pegawai-pegawainya selaras dengan Strategi Keselamatan Siber Malaysia 2020-2024. 

‘Anonymous Malaysia’ mendakwa, keselamatan infrastruktur dan sistem siber negara berada di tahap rendah, memudahkan data digodam seperti yang berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tahun lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: