Tempatan

Nabi Pun Bela Anjing – Koon Yew Yin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 28 Oktober 2021 – “Jika Nabi Muhammad dan sepupu-sepapatnya pun memelihara anjing 1,450 tahun dahulu, umat Islam sekarang tidak perlu takut dengan anjing,” kata dermawan Koon Yew Yin.

“Idea anjing itu najis bermula dari tradisi yang panjang yang mengganggap hanya dengan kelibat anjing sahaja pun, boleh membatalkan solat Muslim yang soleh.”

Koon mengeluarkan komen ini berikutan berita penduduk di Kampung Kubang Jelai, Tokai, Pendang, membangkang Pak Mie Shelter dipindahkan ke sebuah gudang di kampung itu.

“Nabi Muhammad dan sepupu-sepapatnya membela anjing.”

“Menurut beberapa riwayat, Nabi Muhammad sendiri solat di saat ada anjing,” kata beliau yang dikenali dengan nama pena Uncle Koon.

Kata pelabur ini lagi, “Ramai antara sepupu-sepapat dan sahabat-sahabat Nabi Muhammad – membela anak-anak anjing. Dalam masjid Nabi di Madinah, tempat suci kedua selepas Kaabah, anjing-anjing sering dilihat bermain-main sewaktu hayat Nabi dan berabad-abad selepas itu.”

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Surau-Surau Jerit Azan Sesama Sendiri. Sangat Bising – Siti Kasim

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Sami India Seru Bunuh Umat Islam Dalam Sidang Kemuncak

Februari lalu, dilaporkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Kampung Kubang Jelai Md Daud Rusdi Hassan telah menyerahkan memo membantah tindakan untuk memindahkan kira-kira 430 anjing dan kucing jalanan dari pusat pengurusan haiwan terbiar, Pak Mie Shelter ke sebuah gudang persendirian di situ.

Ia berikutan majoriti penduduk di kampung itu beragama Islam selain gudang itu berhampiran dengan masjid.

Penduduk juga bimbang sisa buangan najis haiwan itu disalirkan ke sungai (tali air MADA) berhampiran kerana ia menjadi sumber air hampir 100 hektar sawah di kawasan itu

Irsyad Al-Fatwa Siri ke-539 menegaskan, digalakkan untuk berbuat baik dan menjaga kebajikan kepada anjing-anjing yang jinak dan tidak membahayakan seperti memberi makan dan minum, memberi rawatan jika ia cedera dan sebagainya, namun tidak dibolehkan untuk menjadikannya sebagai haiwan peliharaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: