Tempatan

Tidak Serik, Kilang Baja Busuk Diarahkan Tutup

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TANJONG KARANG, 05 Mac 2023 – Sebuah kilang baja di Bagan Tengkorak yang pernah dikenakan tindakan undang-undang tahun lalu dikompaun sekali lagi dan diarah tutup serta-merta selepas gagal menyediakan persekitaran bersih dan beroperasi tanpa memiliki lesen aktiviti mengilang baja.

Pengarah Jabatan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Mohamad Lutfi Mislah Hudin berkata, pihaknya mendapat aduan awam berhubung bau busuk yang dihasilkan kilang memproses sisa ayam sebagai baja pertanian.

BACA JUGA: SPRM Langgar Protokol Apa? – Mantan Ketua Hakim Negara

BACA JUGA: Hujan Lebat Menyeluruh Dijangka Berakhir Mac Ini

BACA JUGA: Banjir: Masjid Dibenarkan Jadi PPS Bersyarat

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kilang itu beroperasi di lokasi yang terlindung daripada aktiviti pertanian.”

“Selain kompaun, sitaan turut dikenakan membabitkan sebuah penjana kuasa elektrik dan sebuah kenderaan pengangkat barang.”

Operasi bersepadu di kilang itu dianggotai oleh 35 anggota MPKS dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kuala Selangor, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

“Kes disiasat mengikut UUK 3 Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Daerah Kuala Selangor) 2007 kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen dari pihak berkuasa,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: