Tempatan

IKRAM & ABIM Nafi Terlibat Kenyataan Bantah Pelantikan SUHAKAM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 04 Julai 2022 – Pertubuhan IKRAM Malaysia dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menafikan keterlibatan dalam sebuah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Badan Masyarakat Madani Platform for Reform (CSO) berikutan pelantikan baharu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM).

Dalam sebuah kenyataan rasmi, ABIM memohon supaya nama mereka dikeluarkan daripada kenyataan tersebut:

“Pihak Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menuntut agar nama ABIM dikeluarkan daripada salah-satu Badan Masyarakat Madani (CSO) yang didakwa menyokong kenyataan CSO ‘Platform for Reform’ tersebut yang bertarikh 3hb Julai 2021.”

Pertubuhan IKRAM Malaysia turut menyatakan hal yang sama dan meminta supaya nama mereka dikeluarkan daripada kenyataan terbabit.

“Sila keluarkan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) sebagai sebahagian daripada pihak yang menyokong kenyataan CSO ‘Platform for Reform’ yang dikeluarkan pada 3 Julai 2022,” ujar mereka.

Kedua-dua pertubuhan tersebut turut menyatakan bahawa mereka tidak dirujuk sebelum kenyataan tersebut dikeluarkan, dan ada antara kandungan kenyataan tersebut yang bertentangan dengan prinsip dua pertubuhan terbabit.

Terdahulu, CSO telah mengeluarkan sebuah kenyataan media pada 3 Julai baru-baru ini berjudul: Kecekapan Hak Asasi Manusia Sudah Hilang: Bagaimanakah Pelantikan Baharu Suhakam Berfungsi Untuk Melindungi Hak Asasi Manusia Di Malaysia?

Kenyataan tersebut telah menzahirkan rasa tidak yakin terhadap lantikan-lantikan baharu tersebut dalam menegakkan hak asasi manusia.

Antara lantikan-lantikan SUHAKAM yang disentuh dalam kenyataan CSO tersebut ialah Dr Rahmat bin Mohamad, ahli akademik yang didakwa telah meyakinkan Majlis Raja-Raja untuk menolak Statut Rom.

Dato’ Hj. Mohamad Nordin bin Ibrahim, bekas Ketua Pengarah JAKIM, turut disentuh di mana CSO memetik peranan beliau dalam menentang kegiatan LGBTQI+ ketikamana beliau membatalkan persidangan jantina dan seksualiti di Kuala Lumpur.

Pada bahagian “Nota” kenyataan tersebut, CSO telah menyenaraikan nama-nama badan yang menganggotai gabungan tersebut, termasuklah Pertubuhan IKRAM dan ABIM.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: