Tempatan

Musolla Malakat Mall Tak Dibenar Dirikan Solat Jumaat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CYBERJAYA, 17 Jun 2023 – Musolla yang beroperasi di ruang tingkat atas Malakat Mall tidak mendapat kelulusan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi didirikan solat fardhu Jumaat, tegas Pejabat Agama Islam Daerah Sepang dalam satu hebahan umum.

Kata jabatan itu, untuk solat Jumaat, orang ramai diminta untuk mendirikannya di tempat yang telah ditetapkan iaitu di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah dan Masjid Cyberjaya 10.

BACA JUGA: Fatwa Putuskan Vape Haram – Menteri Agama

BACA JUGA: Kegiatan Judi Belangkas Diserbu, 20 Ditahan

BACA JUGA: Imigresen Gempur Pasar Borong Selangor, 35 PATI Diberkas

“Sebarang pelaksanaan solat fardhu Jumaat tanpa kebenaran pihak berkuasa agama adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 97(1) enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 (EPAINS 2003),” tegas Pejabat Agama Islam Daerah Sepang.

Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut laporan sebuah portal tempatan, solat Jumaat di pusat beli-belah itu mula dilaksanakan sejak tahun 2020.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: