Antarabangsa

Muslim Mesti Bersatu Melawan Israel – Erdogan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISNIN, 03 Jun 2024 – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pada Rabu lalu telah membuat sebuah kenyataan menggesa dunia Islam untuk membuat “keputusan bersama” dalam menentang Israel.

Kenyataan tersebut telah dikeluarkan sewaktu beliau berucap kepada para ahli parlimen dari parti AKP. Menerusi kenyataan yang sama, beliau turut menyifatkan Israel sebagai ancaman bagi “seluruh kemanusiaan”. Ujarnya,

“Saya ada beberapa perkara untuk dinyatakan terhadap dunia Islam: Apa lagi yang kalian tunggu untuk mengambil keputusan bersama?”

“Israel bukan sahaja ancaman terhadap Gaza namun kepada seluruh kemanusiaan. Tiada negara yang selamat selagi mana Israel tidak patuh kepada undang-undang antarabangsa dan tidak merasa tertakluk dengan undang-undang antarabangsa.”

Pada kenyataan itu juga beliau turut menyifatkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebagai pelaku genosid. Katanya lagi,

“Tiada ideologi yang melihat tindakan membakar orang awam sehingga mati sebagai suatu perkara yang diterima.”

“Dunia kini sedang melihat (tindakan) barbarik oleh “Vampire” yang dipanggil Netanyahu secara langsung.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: