Antarabangsa

Muslim Ke-4 Mangsa Pembunuhan Bersiri Di New Mexico

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW MEXICO, 08 Ogos 2022 – Selepas tiga orang lelaki Islam dibunuh, kini Polis New Mexico dan agensi persekutuan sedang menyiasat kes pembunuhan Muslim yang keempat bagi menentukan sama ada terdapat sebarang kemungkinan pembunuhan terbaharu itu berkait rapat dengan tiga kes sebelumnya.

Laporan media tempatan memaklumkan, gabenor negeri tersebut menyifatkan ia sebagai ‘pembunuhan disasarkan’.

Ketua Polis Albuquerque, Harold Medina berkata, pembunuhan ini mungkin ada kaitan dengan tiga kes pembunuhan sebelumnya yang mana, mangsa telah diserang hendap dan ditembak tanpa sebarang amaran.

Polis di New Mexico sebelum ini melaporkan, tiga lelaki Islam itu menjadi sasaran dan dibunuh di bandar terbesar negeri tersebut kerana pegangan agama dan bangsa mereka dalam tempoh sembilan bulan lalu.

Susulan dari itu, Gabenor New Mexico, Michelle Lujan Grisham mengerahkan tambahan pegawai polis ke negeri itu bagi membantu siasatan kerana pembunuhan yang disasarkan ke atas penduduk Islam di Albuquerque telah mencetuskan kemarahan dan tidak dapat dibendung sepenuhnya.

“Pengarah perancangan bandar Espanola, Muhammad Afzaal Hussain, 27, datang ke Amerika Syarikat (AS) dari Pakistan, ditembak mati di luar kompleks pangsapuri Albuquerque, Isnin lalu, manakala Aftab Hussein, 41, ditemui mati akibat luka tembakan berhampiran daerah antarabangsa Albuquerque, pada 26 Julai lalu.”

“Kematian itu berkemungkinan dikaitkan dengan pembunuhan Mohammad Ahmadi, 62, di tempat letak kereta di tepi pasar raya dan kafe halal pada 7 November 2021,” kata polis.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: