Tempatan

Kerajaan Selangor Beri Amaran Air Empangan Akan Dilepaskan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 23 Disember 2021: Kerajaan Negeri Selangor menasihatkan orang ramai supaya tidak berada di kawasan-kawasan sungai sekitar Selangor berikutan peningkatan kapasiti aliran sungai yang akan menunjukkan sedikit peningkatan.

Peningkatan kapasiti aliran sungai dijangka dari segi paras air dan kuantiti, serta halajunya, apabila berlaku limpahan dan pelepasan air empangan.

Bagaimanapun, menurut Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor Izham Hashim, situasi kemungkinan kejadian limpahan air sungai adalah minima.

“Apabila takungan empangan-empangan ini mencapai tahap maksima, lebihan air takungan akan melimpah melalui ‘spillway’ dan disalurkan ke sungai berhampiran, namun kadar aliran adalah terkawal.”

“Manakala prosedur pelepasan air empangan juga dilaksanakan dengan kawalan melalui menara pelepasan air empangan/drawoff tower atau radial gate yang turut dialirkan ke sungai berhampiran merujuk kepada lengkuk operasi empangan/dam operating rule curve yang ditetapkan.

“Ini adalah bagi memastikan kawalan terhadap limpahan di hilir sungai dan keselamatan integriti struktur empangan,” ujarnya.

Tambah beliau, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sentiasa memantau situasi semasa dalam memastikan kuantiti takungan empangan-empangan ini mencukupi untuk bekalan air mentah bagi 34 muka sauk bekalan air di Selangor, terutamanya menjelang musim kemarau.

Di Selangor, terdapat tujuh empangan yang terdiri daripada Empangan Sungai Selangor dan Empangan Sungai Tinggi di daerah Hulu Selangor, Empangan Tasik Subang di daerah Petaling, Empangan Sungai Langat dan Empangan Semenyih di daerah Hulu Langat dan Kolam Off River Storage (ORS) Labu di daerah Sepang yang berfungsi sebagai takungan sumber bekalan air mentah yang dioperasikan pihak Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd.

Manakala Empangan Klang Gates dan Empangan Batu di daerah Gombak adalah merupakan empangan dwifungsi bagi tujuan tebatan banjir dan bekalan air mentah yang dioperasikan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia bersama Pengurusan Air Selangor.

Orang ramai juga boleh melayari portal Integrated Water Resources Management Systems (IWRIMS)  atau memuat turun aplikasi IWRIMS untuk maklumat terkini status paras air empangan Negeri Selangor.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: