Antarabangsa

Muslim di Ukraine Menjadi Mangsa Perang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

POLAND, 03 Mac 2022 – Setelah berlakunya pencerobohan besar-besaran terhadap Ukraine baru-baru ini, seramai 38 orang Muslim dari Ukraine menjadi mangsa peperangan apabila terpaksa mencari perlindungan di negara jiran, Poland.

Daripada 38 orang itu, terdapat lapan pelarian wanita termasuk dua ibu tunggal, serta 19 daripadanya adalah dari golongan kanak-kanak.

Amin Lukasz, wakil dan pengurus Pusat Islam Muslim Care Malaysia (MCM) di Warsaw, Poland memaklumkan bahawa pusat itu mula menerima pelarian Muslim dari Ukraine sejak 26 Februari lalu dan kini menjadi pusat perlindungan sementara bagi pelarian perang yang beragama Islam dari negara tersebut.

Sebelum ini, kesemua 38 pelarian itu diberi perlindungan sementara di pusat tersebut namun lapan daripada mereka sudah berpindah ke tempat lain.

Tambah beliau, kebanyakan daripada pelarian yang datang ke pusat berkenaan bukan penduduk asal Ukraine tetapi merupakan warga Kyrgyzstan, Uzbekistan, dan juga Pakistan.

Lapor Metro, Pusat Islam MCM hanya berperanan sebagai pusat transit bagi pelarian Muslim Ukraine dan mampu memuatkan seramai 30 orang sahaja pada suatu masa. Mereka menjangkakan lebih ramai lagi yang akan datang mencari perlindungan di pusat tersebut. Namun begitu, pihak berkuasa Poland hanya membenarkan individu yang memiliki passport sah sahaja untuk masuk ke negara itu.

Terdapat sedikit kekangan di mana pihak MCM Poland tidak dapat menyediakan keperluan dan kelengkapan asas yang lengkap buat pelarian yang datang berikutan penganut Islam merupakan golongan minoriti di Ukraine dan Poland.

MCM menyeru kepada sesiapa yang berminat untuk membantu bagi menghulurkan sumbangan ke akaun Maybank MCM (564490413882) manakala slip sumbangan boleh dihantarkan ke talian hotline MCM: 011-50050035.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: