Muslim Boleh Wujud Bersama Jika Serahkan 2000 Masjid Kepada Hindu – BJP
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KARNATAKA, 08 Jun 2022 – Selepas kes pertikaian di mana jemaah masjid dihalang dari menunaikan solat jemaah di Masjid Gyanvapi kerana dikatakan mengandungi tinggalan Dewa Shiva, umat Islam di sana kini diugut untuk menyerahkan masjid-masjid di sana kepada kaum Hindu jika mahu wujud bersama.
“Mungkin terdapat 1,000 atau 2,000 masjid-masjid yang ada di seluruh India. Jika Muslim serahkan masjid-masjid ini kepada kita secara sukarela, mereka (Muslim) boleh wujud bersama,” kata salah seorang pemimpin Bharatiya Janata Party (BJP), Go Madhusudan, seperti dilaporkan oleh Hate Watch Karnataka.
[ English Subtitles ] #BJP spokesperson Go Madhusudhan said in #Mandya when asked about #Tippu Jamia Masjid
“They might be 1000 or 2000 mosques will be there in entire India. If these mosques they should handover to us voluntarily they (Muslims) can coexist “#Karnataka pic.twitter.com/BCabvD46ZK
— Hate Watch Karnataka. (@Hatewatchkarnat) June 6, 2022
New India Express melaporkan, pihak berkuasa di Karnataka berada dalam keadaan berjaga-jaga apabila beberapa aktivis pertubuhan Hindu berkata bahawa mereka akan ‘memasuki’ masjid Jamia di Srirangapatna di daerah Mandya dan akan melakukan ritual puja Dewa di sana, baru-baru ini.
BACA: Jangan Gentar Dengan Negara-Negara Islam – Ahli Parlimen Belanda Geert Wilders
BACA: Disangka Sedang Sembelih Lembu, Lelaki Muslim Diserang 5 Polis India
BACA: Pertama Di India: Wanita Kahwini Diri Sendiri
Ugutan ini dikatakan berlaku selepas para pemimpin Vishwa Hindu Parishad (VHP) dan Bajrang Dal mendakwa pihak berkuasa daerah tidak mengendahkan tuntutan mereka agar melakukan siasatan ke atas tapak masjid itu.
Menurut kedua-dua organisasi militan itu, masjid itu dibina di atas tapak kuil Hanuman yang telah dirobohkan.
Siasat.com pula melaporkan, selepas isu Masjid Jamia dan Masjid Malali, Mangaluru, kontroversi baru telah tercetus berkaitan dengan ‘Peer Pasha Dargah‘ berhampiran bandar Basavakalyan di daerah Bidar di Karnataka.
Komuniti Veerashaiva Lingayat mendakwa, ‘Peer Pasha Dargah‘ (makam sufi) itu dibina di atas tapak “Anubhava Mantapa” (parlimen agama pertama dunia) yang dirobohkan.